English review in photos and the packaging has also changed to a clear dropper bottle.
Setelah sebulan pakai dan saya cuba pair side-by-side dengan soothing ampoule/serum brand lain, saya dapat simpulkan buat masa ni, inilah soothing serum terbaik yang saya pernah pakai! Soothing power dia sangat terasa di kulit, saya suka produk yang bagi sensorial experience. Serum ni sejuk, tekstur dia gel cair yang mudah merata dan buat muka rasa plump dan juicy. Tak tau nak explain macam mana tapi best lah perasaan nya. Bila pakai serum ni sahaja, saya rasa ok, best. Tapi bila sebelum tu pakai Power Essence lepas tu pakai serum ni, lagi best! Dorang dua ni macam soulmate, saling melengkapi dan mendukung each other untuk terus maju waiseyh. Tapi betul, sensasi soothing and hydrating tu lagi terasa bila pair dengan essence.